Khidmat Jurubahasa Isyarat adalah penting bagi golongan warga Pekak kerana kehadiran khidmat ini membantu bagi mengurangkan jurang komunikasi antara warga Pekak dan bukan Pekak.
Jurubahasa Isyarat ialah seseorang yang memberikan perkhidmatan secara profesional yang bersikap berkecuali, tidak berat sebelah, menyimpan segala rahsia serta membantu menyelesaikan masalah atau halangan komunikasi warga Pekak tidak kira di mana-mana sahaja termasuk dalam bidang perubatan, pendidikan, keagamaan, hal-hal peribadi serta urusan rasmi dan tidak rasmi. |
|
 |
Permohonan biasa hendaklah dibuat minima 3 hari sebelum perkhidmatan diperlukan.
- Borang mesti diisi secara jelas seperti tarikh, masa, tempat, tujuan, serta keperluan Bahasa Isyarat yang diperlukan ( BIM/MySL, ASL, SEE, KTBM, Lain-lain)
- Sekiranya memerlukan perkhidmatan Jurubahasa Isyarat bagi upacara perasmian,
persidangan, mesyuarat atau seminar, sila berikan teks ucapan atau kertas kerja
berkaitan kepada Jurubahasa Isyarat dalam masa 1 minggu sebelum dari tarikh tersebut.
- Jurubahasa Isyarat mampu memberikan perkhidmatan yang jelas dan baik bagi
kumpulan 50 orang pekak. Sekiranya jumlah tersebut lebih dari 50, barco adalah
diperlukan. |
|